Member Digital
  


Polisi Privasi


POLISI PRIVASI

PENDAHULUAN

Pengunaan internet semakin perlu dalam kehidupan pada masa ini. Internet telah mengubah cara kita berkerja, berkomunikasi dan menjalankan kehidupan seharian. Dengan hanya beberapa klik sahaja, kita boleh mendapat berita, membeli barangan, menjalan perniagaan dan berkomunikasi dengan keluarga, rakan, dan sesiapa sahaja di seluruh dunia. Privasi anda adalah mustahak kepada anda dan juga kepada kami. Oleh yang demikian kami akan melindungi maklumat yang anda kongsi dengan kami. Untuk melindungi privasi anda, MemberDigital.com seboleh mungkin akan mematuhi prinsip-prinsip privasi pelanggan dan perlindungan data sebagaimana prinsip yang dipraktiskan diseluruh dunia. Kami tidak akan menjual atau memberi percuma nama, alamat email, nombor telefon, atau maklumat-maklumat lain kepada sesiapa pun. Kami sebaik mungkin akan mengetatkan langkah-langkah sekuriti untuk melindungi maklumat anda daripada pengguna yang tak berkenaan.

NOTIS

Kami mungkin akan bertanya terlebih dahulu kepada anda jika perlu untuk mendapatkan apa-apa maklumat tertentu tentang diri anda (personal information) atau membenarkan anda menghubungi kami untuk mendapat maklumat tertentu.
Kebiasaannya, maklumat yang diminta bila anda menjadi ahli dan/atau mengemaskini maklumat diri anda. Maklumat itu mungkin perlu untuk tujuan-tujuan berikut:
1. Menjadikan laman web kami mudah digunakan dengan tidak memerlukan anda memasukkan maklumat tambahan.
2. Menolong anda mendapatkan sesuatu produk atau perkhidmatan dengan cepat.
3. Membantu kami menyediakan kandungan yang relevan kepada anda.
4. Memberitahu anda sebarang kemaskini tentang produk, perkhidmatan, tawaran istimewa atau apa-apa maklumat daripada MemberDigital.com

PERSETUJUAN

Jika anda memilih untuk tidak mendaftar  atau memberi maklumat anda, anda tidak boleh mengakses kepada Bahagian Ahli.

Jika anda membuat keputusan untuk mendaftar, anda boleh mengakses, memilih, membaca dan download segala produk yang terdapat pada Bahagian Ahli bergantung kepada keahlian anda samada Silver, Gold atau Platinum. Anda juga boleh mendapat maklumat terkini atau apa-apa perkhidmatan terbaru dari MemberDigital.com

Jika anda tidak mahu kami berkomunikasi dengan anda tentang tawaran, kemaskini produk, maklumat tekini atau apa-apa perkhidmatan terbaru dari MemberDigital.com, anda mempunyai pilihan untuk menyatakan tidak mahu menerima apa-apa maklumat dari MemberDigital.com.

Jika anda ingin review dan kemaskini maklumat peribadi anda supaya sentiasa benar dan terkini Kami menyediakan kepada anda cara untuk anda review dan kemaskini maklumat anda pada bahagian Member Profile. Di situ anda boleh lihat dan edit maklumat peribadi yang telah anda berikan kepada kami.


AKSES KE BAHAGIAN AHLI

Jika anda mendaftar sebagai ahli Silver anda hanya akan boleh mengakses, mengguna atau download produk atau servis yang terdapat di bahagian Koleksi Silver.

Jika anda upgrade kepada ahli Gold anda boleh mengakses mengguna atau download produk atau servis yang terdapat di Koleksi Siver dan Koleksi Gold.

Jika anda upgrade kepada ahli Platinum anda boleh mengakses mengguna atau download produk atau servis yang terdapat di Koleksi Siver, Koleksi Gold dan Koleksi Platinum.


SEKURITI

MemberDigital.com akan dengan sedaya upaya mengambil langkah-langkah supaya maklumat yang diberikan kepada kami dijaga dan dilindungi sebaik mungkin. Ini adalah untuk memastikan pilihan anda untuk menjadi ahli MemberDigital.com adalah terjaga dan dilindungi dengan jujur. Kami mengambil langkah-langkah sebaik mungkin untuk melindungi data anda daripada hilang, disalahguna, akses tanpa kebenaran oleh pihak lain.

Jika terdapat penggunaan tanpa kebenaran kredit kad anda, anda mesti menghubungi penyedia kad kredit anda/ bank yang mengeluarkan kad kredit mengikut proedur yang
telah ditetapkan oleh penyedia kad kredit. Kami tidak bertanggungjawab dan memberi jaminan tentang penggunaan tanpa kebenaran kad kredit anda.

MemberDigital.com adalah dengan tegas  melindungi sekuriti  maklumat peribadi anda dan menghormati pilihan anda menyertai kami. Kami dengan berhati-hati akan melindungi data anda daripada hilang, disalahguna, akses tanpa kebenaran atau didedahkan, dipinda atau dirosakkan.

Maklumat peribadi anda yang diberikan kepada kami tidak akan dikongsi diluar daripada MemberDigital.com tanpa kebenaran anda. Data anda dilindungi di dalam server beserta password dengan akses yang begitu terhad.

Anda juga perlu bertanggungjawab untuk melindungi maklumat peribadi anda dengan tidak berkongsi atau mendedahkan username dan password anda dengan orang lain.


NOTIS KEPADA KANAK-KANAK DAN IBU BAPA

Kanak-kanak yang ingin menyertai MemberDigital.com mestilah mendapat kebenaran daripada ibu bapa dahulu dan tertakluk kepada undang-undang yang sedia ada. Kami akan membatalkan penyertaan anda jika melanggar apa-apa peraturan, undang-undang atau terdapat komplain daripada ibu bapa.


PENGUATKUASAAN

Jika terdapat sebab yang dipercayai bahawa MemberDigital.com tidak mematuhi apa-apa prinsip yang terdapat disini sila beritahu kami dengan menghubung MemberDigital.com menggunakan borang online yang disediakan.


PROFIL PELANGGAN

Sebagaimana yang disebut dia atas, setiap pelanggan/ahli berdaftar mempunyai profil peribadi unik. Setiap profil diperuntukan dengan username peribadi yang unik, untuk membantu kami supaya memastikan hanya anda
sahaja yang boleh akses profil anda. Bila anda mendaftar, kami akan hasilkan profil anda sendiri, username dan password. Itu adalah password anda sebagai passport untuk anda melayari atau mengakses Bahagian Koleksi samada
Silver, Gold atau Platinum. Membenarkan anda menggunakan perkhidmatan pada bahagian ahli dan download setiap produk yang terdapat pada bahagian ahli.


KERAHSIAAN DAN SEKURITI MAKLUMAT PERIBADI

Selain yang dinyatakan di dalam POLISI PRIVASI ini, MemberDigital tidak akan berkongsi maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran anda. MemberDigital.com akan hanya mendedahkan maklumat peribadi ini tanpa notis hanya jika diminta oleh undang-undang atas kepercayaan tindakan tersebut (a) Mematuhi proses undang-undang (b) Melindungi dan mempertahan hak dan hartabenda MemberDigital.com (c) Mematuhi TOS (d) Dalam keadaan melindungi keselamatan orang ramai dan pengguna website ini.

Jika maklumat tentang username, password atau lain-lain hilang atau diguna oleh pihak lain tanpa kebenaran, sila beritahu kami dengan segera supaya Maklumat anda akan di buang dari rekod kami.

MemberDigital.com juga mengandungi link dengan website yang lain. MemberDigital tidak bertanggungjawab jika anda menggunakan website tersebut atau memberi maklumat peribadi anda kepada website tersebut.


KEMASKINI DAN PERUBAHAN PADA POLISI PRIVASI

MemberDigital mempunyai hak, pada bila-bila masa untuk menambah, mengubah, mengemaskini, atau meminda Polisi Privasi ini dengan cara post pada page ini tanpa sebarang notis kepada anda. Sebarang perubahan, kemaskini atau pindaan kan berkuatkuasa serta merta.
 



Polisi Privasi





Polisi Privasi | Penafian Pendapatan | Hubungi Kami | Tentang Kami

Hakcipta © 2009 MemberDigital.com. Hak Cipta Terpelihara.