Tentang Kami.
Azhar dan Keluarga berasal dari Sungai Petani, Kedah mempunyai hobi suka membaca dan mengumpul buku samada buku fizikal atau ebook. Disebabkan hobi tersebut beliau membangunkan website ini untuk berkongsi dengan pengunjung bahan-bahan yang terdapat di internet untuk manafaat bersama. Beliau boleh dihubungi menggunakan Contact Form yang terdapat pada website ini.
Kenapa Kami Membangunkan Membership Site Ini.
Kecintaan, keghairahann dan kegilaan kami membaca, mencari dan mengumpul buku-buku sehinggalah dalam bentuk ebook dalam era IT ini menyebabkan kami mempunyai pelbagai koleksi buku sama ada dalam bentuk fizikal atau ebook dalam koleksi kami. Kecintaan dan keghairahann ini hanya akan menimbul kepuasan jika ianya dibincang, dikongsi bersama kepada peminat-peminat seperti kami. Oleh itu kami merasakan dengan menyediakan satu tempat untuk mendapatkan ebook tersebut memudahkan semua. Dengan sebab itu membership site ini dibangunkan.
Kenapa Terdapat Koleksi Silver, Gold dan Platinum.
Disebabkan terdapat ebook yang menawar lesen tertentu seperti boleh diberi percuma, perlu dijual, perlu dijual dengan harga tertentu maka kami mengumpul koleksi ini pada koleksi-koleksi tertentu. Dengan mengena sedikit bayaran pengunjung boleh mengakses ke koleksi tertentu dan sudah tentu kami akan menambahnya secara berterusan jika terdapat ebook terbaru. Dengan ini kami akan mematuhi setiap lesen dan hakcipta yang dikenakan.
Kenapa Tidak Terdapat Karya dari Penulis Terkenal.
Kami akan memasukkan ke koleksi ahli jika dibenarkan dan selagi tidak melanggar hakcipta.
Azhar Ahmad
SP, Kedah
Tentang Kami |